Posts

Showing posts from June, 2016

186 - kenapa Allah beri rindu

Image
Bismillah.

Kata Kak Umairah,

"Selamat terus berjuang dengan hatimu sendiri.
Selamat terus berkata kepada Tuhanmu,
aku akan berjuang lagi.
Aku akan mencuba lagi menjadi yang lebih baik dari semalam."
Allahu. Sudah menginjak ke fasa masa lapang yang aku takutkan. Sudah selesai satu peperiksaan besar dan masih menanti keputusan. Moganya baik-baik sahaja, ya Allah. Fasa masa lapang ini aku sangat takut, tambah-tambah dalam bulan Ramadhan pula. Harapnya tidak terpengaruh dan terhibur dengan hiburan dunia sahaja. Moga aku kuat untuk istiqamah.

Usai aku berbuka puasa dua hari lepas di luar bersama dua orang sahabatku, kami segera bergegas ke sebuah masjid di Ampang Jaya. Disebabkan aku yang sudah dahulu selesai dalam solat, aku menunggu mereka di dalam kereta bertemankan ayat al-Quran dari Sheikh Mishary. Aku memerhati masjid dan sekelilingnya. Allahu, alangkah cantik dan gah masjid ini, meriah pula. Kanak-kanak yang majoritinya bukan dari Malaysia tetapi dari negara Timur Tengah …

185 - let the month heals you

Image
Ramadan ke-13.

"Sebab Allah sayang Aimi, Allah bagi ujian yang Aimi rasa Aimi tak dapat go through, tapi Allah dah kuatkan Aimi untuk face it. Bersabarlah, sikit je lagi."

Kata-kata itu, keihklasan itu; lahir dari hati yang inginkan aku tenang. Dari hati yang inginkan aku kembali pada Dia. Dari hati yang inginkan agar aku luah pada Dia. Aku boleh lakukan sesuatu dengan usahaku, tapi Allah sudah mengatur cara hidupku, Allah pengatur cara segala sesuatu. Usaha kerana Allah, doa pada Allah, minta pada Allah, yakin ketentuan Allah. Semua itu bukan cliche, kerana itu adalah sebenar-benar cara. Terima kasih kamu kerana menenangkan hati yang tertekan pilu menghadapi fatrah peperiksaan.

"The best way out is always through." --Robert Frost

Setiap kali datangnya hujan, ia akan kembali berhenti. Setiap kali kita terluka, ia akan kembali sembuh seperti sedia kala. Setiap kali kita melalui malam yang gelap, kita berjumpa pagi yang cerah kembali. Dalam kehidupan, kesabaran buka…