Posts

Showing posts from June, 2015

#163 - Bukanlah keadilan

Image
Ya Hannan, Ya Mannan. Astaghfirullah 'ala kulli zanbin wa natubu ilaihi. Atas segala dosa yang terpancar di dunia, Kau ampunilah dosa kami ya 'AfwunGhafur. 
Apa katamu mengenai isu #LoveWins yang sudah dua hari kulihat trending di Twitter? Yang pasti, ia adalah kenyataan pedih yang terpaksa ditelan umat Muhammad yang mengambil berat. Belum teliti nampaknya kisah Nabi Lut di mata mereka. Jika non Muslim yang menyokong, mungkin diri masih boleh menghela nafas berat, namun kini yang kulihat dari gambar-gambar yang disebar, itu saudara dari agamaku. 
Nafas semakin berat untuk dilepas hingga sesak dada kerana memikirkan itu saudara seagama. Bagaimana murkanya Allah pada kita ya? 
Satu kenyataan yang tidak boleh diubah oleh hamba Allah didunia adalah undang-undang pengharaman LGBT bukanlah undang-undang yang ditetapkan oleh manusia. Ia sudah termaktub lama dalam undang-undang Allah yang Esa. Siapa manusia yang ingin menentukannya dengan undang-undang negara? 
Jagalah lisanmu, wahai …

#162 - Aku biasa sahaja

Image
Bismillahirrahmanirrahim.

Kecewa dengan sangka manusia bahawa aku ini sempurna. Kecewa dengan sangka manusia aku ini luar biasa. Aku bukan siapa-siapa. Aku manusia biasa, dosanya banyak pula. To make mistakes, that is me. I cannot run from the facts that I do make mistakes, I do a sinner. I do hurt when you did that to me. I asked for forgiveness but you just ignored it.

Maafkanlah, rendahkanlah egomu. Rasulullah ujiannya bukan sekadar isu pindah rumah, ia lebih dari itu. Isu Rasulullah besar yakni isu ummah. Namun, Rasulullah sentiasa memaafkan. Aku bukan siapa-siapa. Manusia juga yang hatinya juga ada rasa terkilan atas sikapmu.

Kadang rasa penat dengan persahabatan kita, ya benar lemah sungguh imanku. Tapi aku masih punya iman dan akal yang sedar, aku mohon maaf atas segalanya. Tapi, hati yang pernah terkilan dan luka atas sikapmu ini mengambil masa untuk sembuh. The healing process takes time. Mungkin masanya hanya dua bulan dirumah atau mungkin selama enam tahun perjalanan perju…