Posts

Showing posts from November, 2013

#154 - Life, way of living and being

Image
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Manan, mudahkanlah.  Moga sem break kali ini membantuku untuk terus menulis ; dan menulis ;]
Gagal ;
Acapkali hidup kita diuji dengan pedihnya kegagalan, peritnya jatuh dalam sesuatu. Aku pasti semua pernah mengalaminya. Kalau tidak bagaimana kamu, kamu dan kamu masih boleh berdiri walau tak setinggi yang lain, walau tak se'stabil' yang boleh, walau tak sekuat di hadapanmu.
Sedar tak sedar, saat kita mahu berputus asa dengan sesuatu, tiba-tiba ada yang membantu, tiba-tiba ada yang menghulur tangan menolongmu bangun, tiba-tiba ada yang menepuk bahu memberi kata sabar dan sebagainya. Ia wasilah, sahabat. Wasilah yang mungkin hanya sekeping kertas renyuk berisi kata-kata semangat, mungkin juga sahabat yang meminjam bahu dan telinga berkongsi cerita. Kita kurang bersyukur, bukan? *tearsdrop
" Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." - [Al-Baqarah:…

#153 - adalah lebih indah dan baik

Image
Untuk ujian-ujian yang tak pernah menyebelahimu, Allah sedang memerhati dengan penuh kasih sayangNya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah Allah beri kekuatan semula untuk menulis.
Rasa malu dengan akhawat ikhwah yang juga sibuk menuntut ilmu, tapi dakwah dalam penulisannya tak pernah surut *facepalm

Sekian lama, bukan tak pernah menjenguk. Banyak draft dibiarkan kosong. Tahu kenapa? Kerana aku tidak kuat. Aku mohon jangan menduga aku dengan penulisanku. Aku pesan kali ini pada hati :
" Biar ia datang dari hati, dan sampai ke hati jua, insyaAllah. " Moga hati-hati yang sedang ditarbiyah masih sedia untuk ditarbiyah, khususnya ; aku.

Tarbiyah.

Subhanallah, kagum dengan perkataan keramat itu. Mungkin asing bagi sesetengah kita dan mungkin juga ada yang menangis mendengarnya. Mungkin, ada yang tertanya-tanya ada apa dengan tarbiyah? Syadid? Tidak sama sekali sahabat.

Anggaplah tarbiyah umpama pelajaran tanpa henti sampai ke hujung usia. Tarbiyah yang sifatnya umpama air untu…