74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

195 - sangka yang baik-baik sahaja


Seperti yang Allah kata;
Bersangka baiklah dengan Dia. Dia adalah sangkaan hambaNya.

Apabila diuji untuk berduka sedih dengan ujian Dia, hamba itu mendongak ke langit lalu berkata kenapa dirinya diuji. Namun, setelah tertitisnya hujan tiba-tiba, dari redup awan yang mula menutup sang mentari; dia mulai menangis keesakan. Bukanlah kerana terlalu sedih atas ujian diberi Pencipta, tetapi dia berduka kerana sangkaan liarnya kepada Dia. Tersedar hamba itu dek titis-titis hujan, di mana turunnya hujan itu pula kerana arahan Dia juga; untuk memberi peluang hamba itu kembali kepada Pencipta, melalui hidayah yang tidak disangka-sangka arahnya. Aduh, kenapa hamba itu harus bersangka yang bukan-bukan kepada Tuhan? Tuhan lebih tahu, yang dalam serta yang tersurat pada isi manusia seluruhnya.

Manis bukan teguran Tuhan? Ini hanyalah salah satu contoh yang hamba itu telah lalui, dan aku pasti sekalian manusia lain diberi hidayahNya dalam pelbagai cara.

0 comment (s) :

Post a Comment

comment me :)