189 - sebab tidak semua mampu


Lin : Ain, aku jealous la.

Ain : Jealous for?

Lin : Aku jealous dengan orang yang dapat melancong sana-sini. Like seriously, bestnya hidup diorang.

Ain : Kau kuis tanah pasir ni kena dekat aku la! Sana sikit. Ada batu kat sini. Sakit.

Lin : Oh sorry.
Kau tak jealous ke dengan orang yang dapat melancong, jalan-jalan, relax-relax pergi tengok tempat orang, pergi negara orang. *baling batu dalam air*

Ain : Cuba kau baling jadi lompat-lompat tu. Macam dalam drama. Hehe. Meh aku try. *baling batu dalam air*
Hmmm, bukan aku tak jealous. Sape je yang tak jealous? Aku pernah sampai termimpi-mimpi nak pergi Jepun. Haha. *jeda*
Satu je tapi, aku tahu aku tak mampu, Lin.

Lin : Kan? Macam mana la diorang boleh ada duit pergi melancong? Tu mesti duit parents dorang ada support jugak tu. Parents aku? Hmmph, memang tak la. Nak jalan-jalan dalam Malaysia pun belum tentu nak support.

Ain : Tak salah Lin. Kau takleh compare parents kau dengan parents diorang. Memang duit yang diorang ada diorang kena guna. Apa salahnya diorang pergi melancong sebab diorang ada banyak duit?

Lin : Ye la. Aku tahu. Tapi, kan bagus kalau diorang menderma ke, buat masjid ke, plan something yang bagus untuk umat Islam ke? Eceh, macam ustazah dah aku. Wakaka.

Ain : Aku calonkan kau jadi pentazkirah la untuk slot hujung minggu ni, boleh?

Lin : Weh, janganlah. Kau calonkan aku, aku calonkan kau balik. Jangan mengada-ngada eh. Haha.

Ain : Alahhh, saje je nak kacau kau. *jeda*
Kita tak pernah tahu apa orang kaya buat sampai diorang boleh masuk syurga, Lin. Dan mereka tak tahu apa orang kurang kaya buat sampai boleh masuk syurga. Sebab tu, kita tak boleh nak judge orang kaya yang selalu pergi melancong jalan-jalan sana-sini tu memang sejenis menghabiskan duit je. Kita tak tahu, maybe diorang ada menderma dalam diam, tolong anak yatim or something that can give them big amount of rewards from Allah. Kita tak pernah tahu, Lin. Kita mungkin akan judge orang miskin, eh silap, orang kurang kaya macam-macam dengan kekurangan kekayaan diorang. Tapi kita tak tahu, kekurangan kebusyan mereka dalam hidup, kekurangan masa untuk dunia diorang penuh dengan zikir-zikir yang memberatkan timbangan kat akhirat. Kita tak tahu tu, Lin.

Lin : Ohh. Haha. Tu la. *senyumpahit*
Tapi aku tetap jealous dengan orang yang dapat melancong. Kan Ain? *kuis pasir*

Ain : Kann. Aku pun jealous. Rasa jugak nak pergi satu dunia. Aku siap ada wish list countries aku nak pergi dah Lin. Tapi, aku tahu aku tak mampu. Dan kadang-kadang aku pergi tempat yang aku rasa best, aku sampai bermegah-megah cakap kat korang yang aku pergi situ. Sebab tu kot...

Lin : Sebab apa?

Ain : Sebab tu kot, aku masih tak dapat pergi countries yang ada dalam wish list aku. Sebab niat aku salah. Niat aku awal-awal adalah nak bagi tahu orang, I have been there. Aku dah pergi situ, best or whatsoever. Niat aku, adalah sekadar nak bermegah-megah. Kan Lin?

Lin : Hmmm. Betul jugak. Kadang-kadang niat awal kita affects our wishes, prayers kan? Niat yang sepatutnya mengembara menghargai tengok ciptaan Allah dah jadi niat yang lain, yang tak sepatutnya. Patutla, aku pun ada jugak terniat macam tu. Patutla kita tak pernah ke mana. Haha.

Ain : Haha. Lawak la kau. *ketawa* *jeda*

Aku rasa, kita tahu apa yang kita mampu and apa yang kita tak. Beyond that, kita doa pada Allah. Niat betul-betul, yakinlah satu hari nanti mesti Allah kabulkan bila niat kita betul-betul tak menyimpang. Yakin yang satu hari nanti, Allah bagi peluang kat kita untuk kita do something yang betul-betul kerana Dia.

——

Yakinlah, Allah akan memberimu peluang. *doa*


‏AimiAzmi
‏Pokok Sena
160813






Comments