74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

184 - cerita itu



Bismillah.
Kadang apa yang dirancang seringkali diuji dengan kegagalan dalam pelaksanaan. Maka, apa kita menyalahkan Allah? Tidak. Pada kebiasaannya, kita manusia yang leka dan lupa; untuk menyelitkan kata inshaaAllah dalam setiap janji.

Seperti sahaja dalam surah al-Qalam yang aku baru sahaja tasmik pada ustazah minggu lepas;

“Lalu kebun itu ditimpa bencana (yang datang) daripada Tuhanmu ketika mereka sedang tidur.” -Al-Qalam:19

Pada ayat sebelumnya, mereka kaum petani/pekebun terlupa untuk menyebut inshaaAllah. Letak kebergantungan kepada tuhan itu kosong, lalu Allah uji mereka. Senyum; kerana mereka kembali meminta ampun kepada Allah pada ayat-ayat seterusnya.

Cerita ini, cerita iktibar. Cerita yang mungkin bisa membawa pengajaran kepada yang mahu; untuk mereka yang ikhlas untuk mengambil ibrah.
Senyum. Lagi.

0 comment (s) :

Post a Comment

comment me :)