175 - sumber kekuatan




Sering aku punya sumber kekuatan mental dan fizikal untuk berada dalam bidang perubatan ini; dari ibu bapaku.

Hari ini, aku menghubungi mereka lagi. Dan aku ceritakan bahawa mereka sahaja yang aku ada untuk aku kuat dalam bidang ini. Lalu, ibuku berkata;

“Adik, Allah sumber kekuatanmu. Belajar bukan kerana kami, tapi kerana Ilahi. Tika adik buntu, sememangnya doa kami sentiasa ada untuk adik, namun doa kami makbul kerana kehendak Dia. Peganglah keyakinan adik kepada Allah, kerana Allah takkan pernah takdirkan sesuatu tanpa sebab. ”

Terima kasih, ibu ayah. Untuk entah keberapa kalinya. Terima kasih untuk peringatan ini; untuk adik yang selalu lupa dan alpa.

Terima kasih, Allah. Sesungguhnya Kau hadirkan wasilah untuk memberi peringatan itu dalam pelbagai cara, dan masih; aku selalu leka. 

Ighfirli, ighfirli, ighfirli. Allahumma yassir wala tuassir ya Karim.

Comments

  1. no worries Aimi, i'm sure you'll be fine there. Stay strong sayang, doctor for ummah! insyaAllah ^^

    ReplyDelete
  2. Thank you, Fatimah. Love your words of advices. Long time i havent heard; and i miss it.

    ReplyDelete

Post a Comment

comment me :)