74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

174 - untitled




Entah, kadang; ada masa Allah hadirkan pelbagai rasa dengan tiba-tiba. Kali ini aku bertemu lagi dengan ayat Allah :

سلام قولا من رب رحيم
Bermaksud :
“Salam”, sebagai ucapan selamat daripada Tuhan Yang Maha Penyayang.

Yang selalu aku temu dengannya, tetapi Allah gerakkan hati untuk tersentuh pada saat ini. Aku tersedar lagi bahawa Allah Maha Penyayang.
Sayang-sayang aku pada ibu bapaku, sayang lagi Allah pada mereka. 

Sayang-sayang aku pada sahabat-sahabatku, sayang lagi Allah padaku.
Sungguh, sayang Allah pada makhluk dunia tidak mampu dikira tahapnya.

Lalu, apa kita sayang Allah kita? Apa kita sayang agama kita? Apa kita sedar kita makin lupa?

Sayangnya Allah pada kita, kan?
Masih beri peluang untuk kita taubat. Masih beri peluang dan ruang dalam agamaNya.

Syukurlah kita. Syukur dan harus juga ada amalnya. Syukur dan harus juga ada kesan positifnya. Sama-sama, ya?

Dan aku tulis ini, kerana ada ketika Allah hadirkan ketika-ketika tertentu dan insan-insan tertentu untuk sampaikan sesuatu. Sesuatu yang tidak aku sedar hingga aku terjumpa pula pada ayatNya yang mengingatkan aku kembali pada tazkirah mereka.

Terima kasih, ukhtuna zakaria. Salam imtihan dan moga Allah permudah.

0 comment (s) :

Post a Comment

comment me :)