#167 - september





September tiba, sepertimana bulan-bulan sebelum nya. September ini aku punya rasa istimewa. Ulangtahun yang aku kira, jarang aku nantikan. Pada kebiasaan september sebelumnya, aku biar ia ditelan usia.

Dan,

Aku bisa kata untuk sekalian kalinya, aku mengira; mengira umurnya tempat lakar tulisan yang aku cinta. Sudah tujuh tahun, umur yang kira aku sudah tua, jika dianggap manusia, sudah boleh belajar di sekolah rendah di mana-mana. Tempat ini melakar perjalanan hidup seorang perempuan yang ingin menjadi dewasa. Umurnya pada awal menulis hanya lah awal belasan dan pembaca-pembaca tulisan juga jauh sudah berbeza insannya. Blog lama yang aku kira aku pengunjung setia pada ketika dulu, kebanyakannya juga sudah tiada, dan aku masih di sini, berkira-kira mahu teruskan atau biarkan sahaja.

Aku mohon doa untuk kuat di alam nyata. Serius.

[040915]

Comments