74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

#163 - Bukanlah keadilan




Ya Hannan, Ya Mannan. Astaghfirullah 'ala kulli zanbin wa natubu ilaihi. Atas segala dosa yang terpancar di dunia, Kau ampunilah dosa kami ya 'AfwunGhafur. 

Apa katamu mengenai isu #LoveWins yang sudah dua hari kulihat trending di Twitter? Yang pasti, ia adalah kenyataan pedih yang terpaksa ditelan umat Muhammad yang mengambil berat. Belum teliti nampaknya kisah Nabi Lut di mata mereka. Jika non Muslim yang menyokong, mungkin diri masih boleh menghela nafas berat, namun kini yang kulihat dari gambar-gambar yang disebar, itu saudara dari agamaku. 

Nafas semakin berat untuk dilepas hingga sesak dada kerana memikirkan itu saudara seagama. Bagaimana murkanya Allah pada kita ya? 

Satu kenyataan yang tidak boleh diubah oleh hamba Allah didunia adalah undang-undang pengharaman LGBT bukanlah undang-undang yang ditetapkan oleh manusia. Ia sudah termaktub lama dalam undang-undang Allah yang Esa. Siapa manusia yang ingin menentukannya dengan undang-undang negara? 

Jagalah lisanmu, wahai manusiaYang membunuhmu  bukanlah ularBanyak orang terbunuh kerana lisannya padahal ia tidak pernah dipatuk ular. - Ibnu al-Jawzi

Oleh kerana lisan seorang manusia yang kononnya ingin memberi keadilan, ia membawa murkaNya 😔😔

0 comment (s) :

Post a Comment

comment me :)