74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

#159 - Luang dan lapang




Bismillahirrahmanirrahim.
Kesempatan yang aku cuba ambil mungkin pada pagi Rabu dalam minggu yang penuh dengan anat, physio dan biochem; masih. Aku mahu sentuh mengenai waktu luang atau lebih famous dengan frasa masa lapang. Sebagai seorang pelajar, aku tak nafikan, aku ingin sangat banyak masa lapang, SANGAT. Kononnya, ingin rehat yang cukup dan efektif; kononnya. 

Oleh sebab masa lapang juga adalah salah satu nikmat yang sering manusia lupakan, kita masih juga terlupa bahawa masa lapang bukan sewenang-wenangnya mudah dipenuhi. Hakikatnya selalu sekali masa lapang bukan sahaja boleh membawa derita malah ia berpotensi melahirkan rangkaian keburukan dan dapat menciptakan benih-benih kehancuran - petikan dari Jaddid Hayatak.

Fikir lagi, lagi dan lagi. Kita punya akal yang logik; mampu berfikir akan buruknya terlalu banyak masa lapang. Tidak perlu dihurai panjang lebar, cukuplah dengan satu riwayat pendek apabila Umar al-Khattab berkata : “Boleh sahaja aku melihat seorang lelaki dan terus mengaguminya. Saat aku bertanya tentangnya, dan seseorang mengatakan bahawa lelaki itu tidak punya pekerjaan maka pandanganku terhadapnya langsung jatuh."

Ayuh wahai syabab fatayat, hidup ini singkat. Penuhi masamu sebaik mungkin. Jangan sekali abaikan sesuatu yang kau tampak ia kecil dan tidak bermakna, namun hakikatnya ia boleh membawa perubahan pada dunia. 

- Petikan dari Jaddid Hayatak, dan diolah olehku.

Serious talk, rindu blog ni. Hmmm.


0 comment (s) :

Post a Comment

comment me :)