#158 - Pandangan mata hati memang cliche.




Bismillahirrahmanirrahim.
Sekadar perkongsian malam ahad yang jarang sekali berlaku.

Hari ini, aku sekali lagi keluar dari timbunan buku anat, physio dan biochem etc. Yang pasti bukan untuk lari dari ilmu. Mudah sangat untuk kita lihat pada sesuatu, bukan? Untuk melihat pada pokok-pokok, haiwan-haiwan, bangunan yang ada rendah tingginya, kereta yang pelbagai brand dan jenisnya hatta serangga-serangga kecil . Mudah, aku akui itu. Sehinggakan aku percaya melihat adalah perkara paling mudah di dunia.

Pandangan mata fizikal, akal dan hati. Umat manusia mudahnya melihat apabila menggunakan pandangan mata fizikal dan akal. Dan umat manusia bijaknya melihat apabila menggunakan pandangan mata fizikal, akal dan HATI itu sendiri. Aku ingin highlight disini iaitu bagaimana hendak bijaknya melihat.

Melihat dengan mata hati sememangnya cliche didengar tetapi perlu. Jika dilihat setiap ciptaan Allah, pandangan mata hati melebihi segalanya. Dikaitkan setiap sesuatu dengan keajaiban kebesaran Allah. Dikaitkan segalanya tentang kesempurnaan Allah. Aku akui itu memang cliche tapi itu PERLU. Banyak mana lagi masa yang kita perlu tangguh untuk cuba mengingati Allah. Hatta sekecil-kecil batu yang kita ternampak punya pandangan mata hati ; kisah Hud-Hud atau mungkin peranannya dalam melontar jamrah atau sekadar sebagai batu lemparan ke dalam kolam.

Allah berfirman dalam surah Ali-'Imran ayat 191.

Alladzina yazkurunallaha qiyaman waqu'udan wa'ala junubihim wayatafakkaruna fi khakhissamawati walardh, rabbana ma khalaqta hadza batilan subhanaka faqina 'azabannar.

Apa yang dihighlight ialah setiap ciptaan Allah itu tidak sia-sia. Dan ciptaan Allah tak akan pernah menjadi sia-sia. Dalam keadaan berdiri, duduk atau apa cara sekalipun, tadabburlah apa segala yang menjadi ciptaanNya.

Comments

Post a Comment

comment me :)