#155 - Great things take time.

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Hanan, lembutkanlah segala apa yang keras dalam diri.

cr : tumblr


Lama tak menulis segala rasa yang terbuku di dada. Banyak draf dibiarkan tidak dipublish. Kosong dan sepi macam pemilik hati. Tapi, dikuatkan diri moga yang ini memecah sunyi blog yang makin sepi. Sobss T.T

Pain is part of life and love, and it helps you to grow.
Ini yang selalu dipesan pada diri, moga terus kuat kaki mencengkam bumi milik Ilahi. Ada masa rasa macam takut pada diri sendiri, pada perasaan diri sendiri, pada dosa diri sendiri. Lidah berkata-kata lancang tentang konsep hidup dan cinta, tapi pada hakikatnya kedua-duanya kita sembunyi rasa. Mungkin kita' terajar' kecil-kecil dahulu, sepanjang kita hidup, semua sakit pedih itu tak elok untuk diri. Tapi rasa sakit itu perlu sebagaimana rasa hidup dan dicintai itu perlu. Pain is meant to wake us up. Pain is just like something to carry willingly, just like good sense, I think. Ini semua sebab kita boleh belajar seberapa tabah dan kuatkah diri apabila menjadi tabah dan kuat, the only choice you have.

Semuanya bergantung pada diri kita, bagaimana mahu membawa rasa yang tidak selari dengan pilihan kita. Pain is a feeling. Your feeling are a part of you, your own reality. Mana ada hari-hari bahagia tanpa duka. Mana ada hari-hari cerah tanpa hujan, petir dan ribut. Kata lainnya, hidup mana pernah sempurna, tapi ia sekadar elok-elok sahaja. Allah sudah mengatur hidup ini penuh dengan ujian, tatkala Allah berfirman tak sempurna iman jika dia belum diuji. Kuatkah kita tika Allah menguji? Itu, pilihan kita. untuk tetap berdiri teguh, atau jatuh tersungkur. Kita bangun pada waktu pagi dan mampu melihat sekeliling tanpa ada halangan - cukuplah dengan rasa syukur. Apa yang mahu dikeluh?

You are growing through experiences, so do I. Aku menulis berdasarkan pengalaman. Bagaimana aku melihat si dia dan si dia menjalani hidup, aku belajar. Aku ambil apa yang aku rasa aku patut ikut untuk aku terus kuat di bawah redha-Nya. Semua orang punya jalan, cara tersendiri dan aku juga. Cuma, selalu aku tiru mereka ; mereka yang sangat sabar tempuh jalan-Nya. Aku tak mahu rasa malu untuk tiru mereka. Aku bilang pada diri, sekurang-kurangnya aku pernah rasa. Aku boleh faham apa yang mereka rasa bila segalanya tak menjadi seperti apa yang diharapkan. When I stop expecting things to be a certain way, I can appreciate them for what they are. Itu yang aku rasa. Mereka berharga bagi aku, dan bila mereka salah aku tak rasa itu sesuatu yang perlu digembar-gemburkan.

cr : tumblr


The present is all I really have to deal with. Your friends and family are too beautiful to ignore, no? There is always, always, always something to be thankful for. Think of all beauty around you, see it and smile. Life is all better when you're smiling. Senyum. Smile. Senyum. Smile. Sedekah, bukan? Being positive in a negative situation is not naive ; itu tanda kekuatan dan kepimpinan ; banyak mana kita percaya dan yakin  terhadap Pencipta. Be thankful for all the small things in our life, because when we put them all together, we will see just how significant they are in our life. At the end of the day, macam apa yang Kak Anith bagitau dulu, bukanlah kebahagiaan yang membuatkan kita rasa bersyukur tapi rasa bersyukur yang membuatkan kita rasa bahagia.

Betullah apa yang aku baca ; great things take time. Instant result are rarely the best result. Dengan rasa payah dan sabar nak dapatkan sesuatu itu, sesuatu yang tak dijangka akan kita capai. I'm not all alone facing this life. In the midst of hard time, it's super easy to look around and see a bunch of people who seem to be doing just fine. But they're not too, maybe. Kita tempuh dengan cara kita untuk keluar daripada masalah kita. Mereka dengan cara mereka. Bukan kita sahaja yang diuji, mereka juga. Great things take time. Dan syurga juga. Kak Nadia ada share ; bilamana aku bangun pagi, membuka mata dan aku belum lagi di syurga. Aku sedar aku belum cukup usaha dan aku belum cukup kerja.

Moga aku punya masa dan kekuatan lagi untuk mengukir kata. Allahumma Aameen. Wassalam.

Betapa cemburu kita pada dia yang pandai menyembunyikan kebaikan seolah merahsiakan aib dan dosa. Dunia tak melirik tapi syurga merinduinya - Salim A. Fillah



Comments

  1. erm.hurmm.. share ni menusuk. terima kasih cik imia :')

    ReplyDelete
  2. @Khaulahnubla
    Khaulah punya lagi menusuk rasa, serius! Teruskn menegur melalui entri anda ya cik khaulah ;)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Thanks juga sha sbb sudi mmbaca 😘

      Delete

Post a Comment

comment me :)