74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

#154 - Life, way of living and being

Well said ; kerana kita punya Tuhan ;]

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Manan, mudahkanlah. 
Moga sem break kali ini membantuku untuk terus menulis ; dan menulis ;]

Gagal ;

Acapkali hidup kita diuji dengan pedihnya kegagalan, peritnya jatuh dalam sesuatu. Aku pasti semua pernah mengalaminya. Kalau tidak bagaimana kamu, kamu dan kamu masih boleh berdiri walau tak setinggi yang lain, walau tak se'stabil' yang boleh, walau tak sekuat di hadapanmu.

Sedar tak sedar, saat kita mahu berputus asa dengan sesuatu, tiba-tiba ada yang membantu, tiba-tiba ada yang menghulur tangan menolongmu bangun, tiba-tiba ada yang menepuk bahu memberi kata sabar dan sebagainya. Ia wasilah, sahabat. Wasilah yang mungkin hanya sekeping kertas renyuk berisi kata-kata semangat, mungkin juga sahabat yang meminjam bahu dan telinga berkongsi cerita. Kita kurang bersyukur, bukan? *tearsdrop

" Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." - [Al-Baqarah:207]

Surat untuk aku dari dia peneman jalan ke syurga :

1 - Hidup ini masih bermakna ;

Being grateful sometimes to be said everything. You may have seen better days, but you also have seen worse. You might not have all your wants, but you do have all your needs. 
When we feel burden of something, why not back for God instead of back for good? 
Seringkali kita dinasihati, tiada musim meminta kepada Allah. Kita mungkin bangun dengan beberapa calar balar, sakit dan luka tapi tak terfikirkah kita, sekurang-kurangnya, kita bangun dan diberi peluang taubat. Mungkin hidup kita tak pernah sempurna tapi sekurang-kurangnya lebih baik dari yang kurang upaya. Believe ; more good things are coming  down the road as long as you keep moving forward.

2 - Pain helps you grow ;

Dia pesan ; sometimes things must change so you can change. Kadangkala kita perlu jatuh dan luka supaya kita boleh telusuri apa sebenarnya kekuatan kita. Kadang juga, kesilapan tanpa disedari dibuat kerana Allah mahu beri hidayah untuk kita tahu di mana yang patut diperbetul. 
Success is not final, failure is not fatal. It is the courage to continue that counts. - Winston Churchill. 
Jika niat betul dijalan Allah, luka juga diberi pahala. Sakit diberi ganjaran. Maka, nikmat mana yang kamu dustakan?

3 - Peluang kedua itukah peluang terakhir kita ;

Tiada huraian panjang. Cukup sekadar kata kunci. Terima kasih sahabat kerana buat aku menangis mendapat sekeping kertas itu. Allah sering memberi peluang kedua buat kita. Oh, atau mungkin sudah peluang ke seratustujuhpuluhtiga? :'(
Tapi, peringatan buat kita khususnya buat aku dan umumnya buat kamu semua ; peluang kedua ini langsung tidak bermakna sekiranya kita tidak belajar dari apa yang sudah berlalu terhadap kita.
Getting a second chance in life is about giving yourself the opportunity to grow beyond your past failure, walaupun hari ini. 
Kenalpasti salah kita tapi kumpulkan kekuatan darinya, mungkin boleh juga ketawakan kekhilafan kita tapi dengan syarat ; learn from the mistakes. Hence, grab the chances! Atau kita mahu jadikan peluang kedua atau keberapa kali kita itu, yang terakhir? Nauzubillah.

p/s : moga kita dimatikan dalam iman, tersubur senyuman dalam setiap tangisan. Mahu husnul khatimah, bukan?

8 comment (s) :

fyumie said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

asytakatlaki. bogushipeo. :D

Cik Imia said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

@fyumie

ana aidhon. fi amanillah, ukht. Rinduuuuuuuuuuuuuuuuu jgk. Sangat-sangat :')

Norshahira Ismail said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

Aimi.
Xie xie :)

Cik Imia said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

@Norshahira Ismail
Sama-sama. Ehemmm, taktahu sama-sama dlm bhasa cina. Hehee. Jgn lupa pesan nasihat kita kalau kita alpa :]

Muhd Syazwan said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

Assalamualaikum, nice blog ya ukhti jom visit blog ana salam ukhwah

dr.adilahhebat :) said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

Assalamualaikum aimi ;)
Jazakillahu khaira kathiran untuk tulisan-tulisan yang menghidupkan,
terasa sangat-sangat dekat dan membangkitkan.

Moga terus diilhamkan Tuhan untuk menulis aimi ;)

Aimi Azmi said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

Moga bermanfaat 👍

Aimi Azmi said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

Terima kasih, adilah. Moga awak juga terus menulis :')

Post a Comment

comment me :)