74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

#152 - Dear myself,

Ask yourself, dear me.

Assalamualaikumwarahmatullah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah 'ala kulli hal masih diberi jari yang kuat untuk menaip.

Pabila,
Allah menegur setiap laku kita,
Harus syukur meniti di bibir,
Alhamdulillah.
Harus istighfar melekat di hati,
Astaghfirullah.
Harus pergantungan diberi sepenuh hati pada Ilahi,
La hawla wala quwwata illa billah.
Harus kagum dengan amaran awalNya,
Subhanallah.

Buat diri,
Tatkala Allah menegur sikapmu melalui wasilah yang tidak disangka-sangka yakni sahabatmu, percayalah Allah masih sayang akan engkau. Allah masih mahu engkau tidak berpaling dari jalanNya. Allah masih mahu engkau didalam syurgaNya. Allah masih mahu engkau bergembira di alam sana. Ucapkanlah penghargaan kepada sahabatmu, wahai teman. Mungkin dia orang terakhir yang menegur salahmu, sebelum engkau berpaling. Sebelum engkau berpaling, wahai diri.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua tahu,
Kala Maryam dipilih Allah,
Untuk mengandungkan Isa,
Tatkala dirinya yang masih suci,
Dipilih Allah.
Beliau,
Tidak gentar dengan amanat Allah,
Tidak bimbang dengan kata-kata cerca insan sekelilingnya,
Tidak ragu tatkala menerima.
Tidak pernah sama sekali.

Buat sahabat,
Kisah Maryam aku ambil sebagai contoh. Cuba kau letak tempatmu didalam perahu Maryam. Tatkala diri dicerca hina, kala diri dicerca pembawa malang keluarga Imran, bisakah engkau rasa hatinya Maryam? Maryam tidak sedih sama sekali, kerana pengharapannya kepada Allah, sangkaannya kepada takdir qadak qadar Allah tidak pernah kurang. Tidak pernah luntur. Kau letakkanlah dirimu di tempat Maryam. Agar kau juga kuat dan tabah seperti dia.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pabila,
Allah membuka mata kita,
Pabila,
Saat datangnya petunjuk yang dimita-minta,
Pabila,
Hati diketuk rasa rindu padaNya,
Ambillah kesempatan,
Ambillah kesempatan,
Ambillah kesempatan.
Sebelum hatimu kembali gelap,
Penuh dunia di mata dan dada.
Allahu Allah :(

Buat diri,
Wahai diri, jangan lepaskan. Ditarbiyah atau berada di tempat tarbiyah atau sudah keluar dari tempat yang bertarbiah tidak sama wahai diri. Ambillah kesempatan sama ada ketika engkau ditarbiyah atau berada di tempat tarbiyah atau sudah keluar dari tempat bertarbiyah. Mohon diri ini kuat, ya Allah. Berubah penting wahai diri, tapi istiqamah lebih utama wahai diri. Mohon sahabat-sahabat diluar sana terus-terus mendoakan. Diri yang semakin lupa ini. Astaghfirullah.

p/s : Don't be of the ones, who are dependent on others, for happiness. Be the one, whose happiness, is derived from the art, from the Greatest, of artists.

2 comment (s) :

fyumie said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

jazakillahukhoir... maryam's the best example i could ever get, yet i felt being the worst beside her.. TuT

Cik Imia said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

@fyumie
yeah me too.. rasa tak layak pun nak cmpare dgn Maryam, yet i'm trying to be alike ; jom jadi segagah dan sekental maryam :')

Post a Comment

comment me :)