#149 - Heh, hari ini.

Ketika dunia membuatkanmu penat, Ada Tuhan yang selalu mahu mendengar rintihan hatimu.

Assalamualaikumwarahmatullah.
Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur buat Ilahi, nikmat nafas yang tak terhingga,
Masih dikurniakan Allah kepada jasad kurang bersyukur ini.
Post pendek hanya mahu mengucapkan Selamat Hari Wanita sedunia.
Hakikatnya aku tahu hari wanita itu sepatutnya disambut hari-hari.
Tapi, macam hari ibu jugak.
Sering muncul isu itu.
Kau semua faham maksud aku.
Aku tahu.

Jika dulu,
wanita-wanita zaman Rasulullah,
Boleh aku katakan umpama lelaki gagah mereka.
Boleh juga aku katakan umpama lelaki berani mereka.
Fuhh, hebatnya mereka.
Tapi,
Aku yakin,
Wanita zaman ini tidak kurang hebatnya juga.
Mungkin perlu diasah pisau sabarnya,
Mungkin juga perlu digilap piala amalnya.

Jangan pula kau bandingkan wanita dengan bidadari.
Wanita dunia juga tak kurang hebatnya.
Wanita, teruslah beribadah keranaNya,
Allah punya ganjaran besar buatmu disana.
Tika Ummu Salamah merasakan kurangnya dirinya,
Dek cemburu pada bidadari berparas rupa,
Rasulullah lantas berkata,
Aku lebih suka wanita dunia kerana ketaatan kepadaNya.

Aku tahu kamu boleh.


Aku tak nafikan,
Ramai yang kecundang.
Mana aku mampu nafikan itu setelah melihat mereka itu di muka bukuku,
Tak.
Aku yakin mereka mampu berubah.
Kerana dalam setiap doaku,
Aku selitkan mereka dan sudah tentu diriku,
Agar tsabat dalam jalan yang dipilih Muhammad nabiku.
Maka, ayuh wanita~!
Kita jadi wanita hebat zaman dahulu.
Bukan maksudku berpatah balik ke waktu itu.
Cuma,
Ambil ibrah dari situ.

Yang ditelapak kakinya syurga kami,
Yang dirinya adalah bahagian rusuk lelaki yang hilang,
Yang menjadi sebaik-baik perhiasan dunia,
Yang pada masa-masanya menjadi penyejuk mata penawar hati,
Wanita - debunga kiriman Tuhan - moga sentiasa dikasihi dan mengasihiNya.
-sederhana indah

Comments

  1. Bersabarlah dgn kesabaran yg baik . :)

    Luv that .
    <3

    ReplyDelete
  2. @najihahusna
    Because we are woman. Always and forever. Jyeahhh. Ngeh3

    ReplyDelete

Post a Comment

comment me :)