74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

#146 - Haih, Lap Peluh

Biarlah yang besar itu karyamu bukan dirimu. Heh

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikumwarahmatullah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Allah kurnia sekerat waktu untuk menulis lagi.

Sibuk ya kita?
Alhamdulillah, dalam kesibukan itu Allah masih kurniakan nikmat yang melimpah.
Alhamdulillah, tangan masih bisa lagi menaip untuk menyebarkan sesuatu.
Alhamdulillah, kerana kaki sudah bisa berdiri diatas medan dakwah dengan bantuan sahabat.

Subhanallah, bergetar hati membaca ayat cinta Allah : " Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang bersama aku mengajak manusia kepada Allah dengan basirah (jalan yang jelas..." - Yusuf :180
Astaghfirullah, sudah sampaikah aku kepada golongan itu? Aku berharap ya Allah. Moga engkau dan engkau yang membaca ini tergolong. InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wahai jiwa yang tenang, Allah dengar akan kamu 


Allahuakbar.
Sungguh teratur perancangan Allah yang Maha Kuasa.
Allah itu perancanganNya sangat rapi dan tersusun.
Bila aku menjadi seorang anak, sibuk bercerita, mengadu-ngadu pada ibu bapa, lantas nasihat daripada ibu bapaku aku terima,
Bila aku menjadi seorang pelajar, aku disibukkan dengan nota-nota, kerja-kerja yang datang bertimbun-timbun.
Bila aku menjadi seorang mutarabbi, aku berhenti seketika untuk memberi makan wajib kepada sang ruhi diri yang tamakkan 'nasi' rohani,
Bila aku menjadi seorang murobbi*eh tak layak lagi, aku tidak berhenti meluangkan masa buat adik-adik yang ada dalam 'bulatan cinta' yang gembira lagi suci,
Bila aku menjadi seorang dai'e, kesibukan aku sebagai seorang pelajar dan manusia tidak membuatkan lewatnya kebangkitan khalifah islami,
Bila waktu terus bernyawa, aku sangat berharap nafasku diinfakkan ke atas jalanNya.

Heh. Namun, apalah nak dibandingkan dengan kesibukan 'mereka' terdahulu.

Kata Ukht Nisa : "Rasulullah lagi sibuk, sayang." Huh, tersentap hati pabila terdengar bicara itu. Aku lupa itu. Astaghfirullahal'azim.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tak akan berhenti. Aku janji itu. Heh


Rasulullah sibuk dengan tugasnya sebagai ketua daripada segala ketua termasuklah : ketua umat Islam, ketua negara, ketua perang dan lain-lain.
Mus'ab yang kita tahu pula sering sibuk dengan urusan dakwahnya di Madinah.
Abu Bakar pula sibuk menjadi sahabat setia dan mengIslamkan mereka.
Abu Hurairah si penggemar kucing sibuk pula mengumpul hadith dan menjadikan otaknya gedung pengetahuan.
Khalid al-Walid pula sibuk berperang di medan jihad sehingga dia mengimpikan shyahid di hujung nyawanya.
Tak lupa juga Siti Khadijah sibuk menguruskan perihal Rasulullah dan menjadi pendokong setia Nabi di mana-mana sahaja.

Ohh, ramai lagi sahabat-sahabat zaman dahulu. 'Mereka' yang sibuknya mengalahkan kita. Allah, lihatlah kesibukan melampau-lampau mereka menjadikan dunia batu loncatan ke syurga. Kita? Gulp..

Semoga kesibukan kita hari semalam, hari ini dan hari-hari seterusnya menjadikan kita asset penyumbang kemajuan agama bukannya peroboh tiang agama. Moga Allah redha atas gerak-geri perlakuan kita. Aameen.

Pesan akal pada hati, pleaselah jangan minta rehat kerana tiada istilah rehat buat diri mukmin yang bergelar da'ie melainkan kita sudah sampai di 'sana'. Bermimpilah wahai aku untuk berehat di syurga bukan dia atas dunia sementara ini. Kerana semua orang tahu, " Sesungguhnya rehat seorang mukmin itu adalah apabila kakinya menginjak ke syurga."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

selamat berjihad buat aku dan kamu. ucapan yang tinggi harapan moga tercapai.

Teruslah bergerak hingga kelelahan lelah mengikutimu,
Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu,
Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu,
Teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu,
Teruslah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
Allahumma Aameen.


*credit to Tumblr and Ukht Nisa for the words.
* doakan aku terus mujahadah dan tsabat di jalan ini, sahabat~!

imiaazmi
20130218
0530am

6 comment (s) :

khazinahqalbu-fatiniismadi said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

Allahu| Allahumma solli ala muhammad.
Yang Cekal Dan Tabah. Itulah Yang Dikasihi Allah.
Sekali berada di gerabak tarbiyah beerti selama lamanya kita perlu sentiasa kenal dan dekat dgn Allah.
Aimi,
Sejujurnya, post ini membuatkanku tersentuh jiwa.
Dan. Jangan berhenti menulis yepp (:

najihahusna said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

Doakan aku juga :')

이 미아 룬 said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

@khazinahqalbu-fatiniismadi
InsyaAllah. Dan aku sangat perlukan kamu wahai sahabat untuk bantu aku untuk terus berada dalam 'track' dakwah yang penuh mehnah ini. Tarik aku kalau aku tersungkur. Thanks, dear :)

이 미아 룬 said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

@najihahusna
Heh. Malu pulak guna aku. InsyaAllah akan aku doakan semua agar semua merasa manisnya dicintai dan dirindui yang maha Esa :')

AlMuhandis. said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

what a writer.

suka belog ni. cemburu lihat bagaimana Allah pilih sebahagian manusia beriman dalam usia yang muda.

이 미아 룬 said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

@AlMuhandis.
Alhamdulillah. Itu je yang saya boleh cakap. Tapi, saya tahu siapa saya. Masih tak sempurna. InsyaAllah akan memperbaiki lagi apa yang kurang :)

Post a Comment

comment me :)