#145 - Nikmatnya diuji :)

Lakukan sesuatu kerana Allah, nescaya kamu tidak akan kehilangan apa-apa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikumwarahmatullah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Jantung tetap berdegup tanpa minta diarahkan. Darah jua terus mengalir sempurna tanpa perlu disuruh. Alhamdulillah jari masih diberi peluang untuk menaip.

Aku juga berharap setiap sujud dariku sempurna tanpa sesiapa memaksa. Lately, aku tidak punya banyak idea untuk ditulis walau sudah banyak buku yang sudah aku habiskan. Hmmm, betullah apa yang dikata, idea itu dari Allah sebenarnya. Dan, ketika ini aku punya idea untuk menulis setelah aku telah ditanyakan mengenai beberapa soalan.

#1 - Ujian

Tak kisahlah ujian dalam apa-apa sekalipun. Bagi aku, aku rasa dalam nak tempuh ujian kita kena bawa diri.
"The world is a vehicle for you. If you drive it, it will drive you to your destination. If it drives you, you will be destroyed."  - Imam Hasan Basri

Aku tahu kau dan aku boleh~ InsyaAllah.


Pembawaan kita dalam sesuatu ujian tu depends on ourself. Tak susah jika kita cakap tak susah. Aku tahu jiwa setiap kita ni berbeza. Aku tak dapatlah nak merasa apa yang kamu semua rasa. Dan begitu juga kamu tak mungkin merasa apa yang aku rasa. Tapi at least kita cuba, kan?
Bagi aku, cubaan daripada Allah itu tanda Allah sayang. Lagi senang hidup kita.
" Dan bersabarlah dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap mereka dan jangan pula engkau bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan." - 16:127

Ujian meninggikan darjat seseorang dan menghapuskan pulak dosa-dosa kita semua. Heh.
Itulah rahmat Allah pada kita. Nyatanya hanya mereka yang terpilih sahaja dapat melihat dan pasti merasa.
Kan ada orang pernah kata, ujian itu ibarat hujan. Seringkali kita merungut apabila kita melihat hujan. Sehinggakan kita lupa untuk melihat rahmat disebaliknya.

Semat dan semai dalam dada. Allah kan ada :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Heh. Ada yang bertanya, KISAS susah sangat ke? Hoho. Seriously terkedu dan terkelu nak menjawab apa. Bagi aku, macam-macm point ada dalam kepala. Haha. Okay, every person is different. And every school is different too as the students in the school is totally different from other school, kan? Huhu.

That's the point. Aku berbeza. Kau tak sama. Tapi aku sedar matlamat redha Allah itu kita punya persamaan. Dimana-mana pun boleh dapat ilmu. Susah tak susah, senang tak senang, yang tu kira aci belakang.

Laisa biamaniyyikum.
" Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu tidak akan didapati dengan hanya angan-angan kamu." - An-Nisa':123

Hanya degan angan-angan, tanpa latihan dan ujian mana mungkin kita berjaya di muara dunia ni. Mungkin di KISAS, susahnya sebab banyak program itu dan ini berbanding dengan sekolah lama. Tapi mungkin di sekolah lama susahnya sebab banyak terpengaruh oleh media dsb. Haaa, tu lah. Mana-mana je mesti ada ujian. Mesti ada part yang rough, tough and hard. Mesti ada yang kalah, jatuh, rebah, tersungkur. Mesti ada yang luka tak sembuh dan berparut. Jangan risau. Allah pasti bagi ganjaran pada orang yang sabar. Siapa yang melalui ujianNya? Aku dan kau- kita.

Wahai hati, kuatlah !
Bertabah lebih lagi, Kerana kamu sedang merasai nikmat diuji.
Allahumma Ameen.

* all credits goes to Tumblr and those who belongs.
* Kirim salam dengan lafaz 'Assalamualaikum' kepada kawanmu, Hanisah :)

Comments