#144 - Jatuh cinta dengan Dia

mohon dengan air mata. Heh
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikumwarahmatullah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Moga kita berada dalam naungan redha Allah.

Sudah lama tidak menulis hinggakan banyak keypad backspace sering diketuk berbanding dengan keypad huruf-huruf. Bukan tiada idea tapi macam kekok sebab sudah lama tidak meluahkan isi hati. Heh.

Kadang-kadang, rasa malu menyelinap hati sebab Allah dah bagi banyak peluang dekat sekolah 'lama' dulu, tapi macam kurang ambil peluang. Rasa macam malu sangat dengan orang lain yang selalu di'update' statusnya di Facebook dan Twitter tentang hebatnya Islam di tempat mereka. Dan aku boleh melihat hebatnya mereka. Tapi, aku? Aku masih bertatih. Untuk berjalan di medan dakwah yang bagi aku baru sekadar permulaan. Atau aku boleh katakan merangkak?

Hmm.

" Dan sejujurnya bukanlah kita tak tahu dan tak menyedari, bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita. Kita cuma malu mengakui bahawa kitalah, yang selalu meninggalkan Allah, dalam begitu banyak hal dan urusan. -tersenyummelihatlangit

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan dihatinya, maka segala kekuatan itu ada pada dia.

Erti hidup tu ada pada jejak-jejak langkah yang bermakna. Aku tahu itu. Tapi, rasa sakit bila terkenang yang aku lebih menafikan ketetapan AllahuRabbi. Banyak cara nak muhasabah. Ilmu perlu dikongsi, bukan?


# Muhasabah 1
Berdoa dan terus berdoa
" Yang penting bagiku bukanlah dikabulkan doa, tetapi keinginan untuk terus berdoa. Justeru, setiap kali aku terdetik untuk berdoa, pasti aku berkeyakinan bahawa besertanya pasti ada pengabulan doa." - Umar al Khattab.

# Muhasabah 2
Jaga hati dari maksiat
Macam kisah Imam Syafie time jumpa Imam Malik :" Sesungguhnya aku melihat dalam dirimu ada cahaya, maka jagalah ia. - Imam Malik

# Muhasabah 3
Letakkan dunia di tangan, akhirat di hati
" Ketika kecintaan kepada manusia masuk ke dalam hati, maka ketakutan kepada akhirat akan keluar darinya. " - Imam Hassan al-Basri

# Muhasabah 4
Please ! Hari-hari solat taubat ~!
Innallaha yuhibbu tawwabin.- Sesungguhnya Allah cinta kepada orang yang bertaubat.
Untuk menyentuh jiwa-jiwa yang kosong, tandus dan gersang dengan dakwah Islamiah dan kasih sayang, kenalah lazimi taubat. Aku cuba untuk mencuba :|
" Kadang-kadang dakwah kita tidak sampai pada orang bukan kerana jiwa orang itu gelap. Tetapi kerana jiwa kita yang gelap." - Akh Hilal Asyraf

# Muhasabah 5
Jangan cakap sahajalah, beramallah !
Umar al-Khattab yang handsome lagi tegas cakap : "Rasulullah bersabda : Yang paling aku takutkan terhadap umatku ialah si munafik yang pandai pada lidah(bercakap hal ilmu) tapi dirinya kosong dari iman."
Astaghfirullahal'azim :(

# Muhasabah 6
Tolong Ikhlas, ok?
Sometimes we really keen to look something from our sides. Manusia. Biasalah. Heh. Sehinggakan kita lupauntuk betulkan niat dan ikhlas. Kadang-kadang kita lupa nak contohi sifat dan sikap semut hitam yang berjalan pada batu yang hitam pada waktu malam yang gelap di dalam gua. Aku kena ingat ini !

# Muhasabah 7
Marah, dendam, benci, kenapa dipendam?
" Satu-satunya orang yan paling luas hatinya dan langkahnya seiiringan degan awan adalah dia yang tidak menyimpan satu dendam dan sakit dihatinya." - Bayu Gawtama.
Aku juga punya itu. Astaghfirullah.

Tuhan, bantu aku untuk terus bermuhasabah. Moga lidah tidak kering menyebut istighfar dan hati tidak lalai dari mengingatiMu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

I do really hope. I'll see you again when Allah let me :)

Jom koreksi diri macam dalam surah al-Hasyr ayat 18.

Ya Tuhanku,
bantulah aku memperbaiki agamaku kerana agama tempat aku bergantung.
bantulah aku memperbaiki duniaku kerana ia tempat aku hidup.
Dan bantulah aku memperbaiki akhiratku kerana di situ yempat kesudahanku.
Allahumma Aameen.


* all credits goes to kak Syafa where she belongs to. And Tumblr too !
* sorry, penggunaan aku bermula dari entry ini sehingga seterusnya. Lebih selesa kerana seolah-olah berkata dengan diri-sendiri.

Comments

  1. menyentuh sungguh, my dear .
    syukran for the great idea of muhasabah's .

    T.T

    ReplyDelete
  2. @najihahusna
    all the ideas comes from Allah. thanks Him. I'm just the one who brought it.

    ReplyDelete
  3. akak.. my friend went to kisas.. tp dya nk balek sklh lma u.u kisas susah sgt ka??

    ReplyDelete
  4. @하니사
    nisah sayang, akak rasa kawan adek mungkin tak cukup kuat. dan bagi akak every certain school has their own challenges. Kisas bagi akak susah tapi dengan susahlah kita belajar erti hidup, kan? Ermmm, nisah ade mintak kisas tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

comment me :)