74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

#143 - Selamat Terbang

11:88
Assalamualaikumwarahmatullah.

Dan mungkin.
Hatinya yang berubah itu,
bukan kehendaknya,
bukan kemahuannya.
Mungkin,
hatinya yang berubah itu,
adalah jawapan bagi pertanyaannya pada Ilahi,
Petunjuk bagi istikharah dan tahajudnya di malam hari.
Dan DIAlah yang memalingkan hati.
Memudarkan rasa.
Mencipta jarak dan kekok.
Kerana kita memang mahu yang terbaik menurt pengetahuanNya,
bukan yang terbaik menurut kemahuan kita.
Maka Allah sedang memberi tanda...
Berlapang dada dan berbaik sangkalah.

Cara kita menolong diri sendiri di masa depan adalah dengan menerima siapa kita di masa lalu, dan bekerja keras di masa depan-Achmad Lutfi. Biar ghaibmu suatu misteri. Moga hati ini dan hati kamu juga terjaga, terpelihara dan dijaga Ilahi. Moga kau tabah menempuh pancaroba hidup ini. Moga syurgaNya tempat kita bertemu lagi. Biarlah sekarang ini kita berhubung dengan doa. Moga Allah redha segalanya. Selamat terbang meninggalkan bumi Malaysia, Anis Arina.

P/s : Alhamdulillah, saya punya kawan yang kembali pada yang Esa. Saya bersyukur, ya Allah. Walau kami tidak serapat mana, tapi saya yakin Allah sedia tahu ukhwah kita berdua. 

0 comment (s) :

Post a Comment

comment me :)