74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

Seongyosa Fardhiyah !


As-Salam .
Walaupun hari ni hari Rabu Wordless Wednesday takde ye .
Sebab saya mahu menulis .
Apa maksud tajuk tu ?
Mungkin kalau saya menulis tajuk sebenarnya , tidak ramai yang teruja .
Mungkin kerana tajuknya ,
Anda susah-susah klik link ni dekat update blogger ?
Anda tertarik kepada bahasa Korea , bukan ?
Ya , saya suka bahasa .
Kenapa ya orang suka judge  kalau belajar bahasa Korea means suka tengok cite Korea ?
Habis tuh , kalau belajar bahsa Arab means suka tengok cite Arab ?
Taklah , saya suka bahasa . Salahkah ?
Kalau tahun lepas , saya belajar bahasa Korea , tahun ini saya belajar bahasa Jepun .
Tapi tak habis , sebab alphabet dia sahaja sudah ada dua jenis , Hiragana dan Katakana .
Baru je habis Hiragana . Katakana nanti je lah .
Ok , back to the main point , terlari tersasar pulak !
Maksudnya dakwah fardhiyyah .
Saya macam biasa blogcrawling sana sini nak cari idea untuk menulis .
Saya ada terbaca satu entry menarik mengenai dakwah fardhiyah .
Kata dia ,
Kebahagian seorang murobbi itu apabila melihat anak mutarabbi nya mula berbahasa mengunakan bahasa yang sama.Dan bukanlah disebabkan seninya sentuhan-sentuhan kita, tetapi dengan hidayah, dan petunjuk dari Allah.
Goshh , tengok ! Kata-kata dia buat saya berfikir sejenak .
Mungkin seseorang itu boleh terketuk hatinya apabila mendengar bait patah kata yang didengari daripada naqib / naqibah dia .
Tapi , mesti ada dalam hati naqib / naqibah  nak dengar mad'u dia bercakap pun sama hebat macam dia , bukan ?
Teringat kata-kata naqibah saya , Kak Syidah ,
Kita men'DF bukan sekadar setakat membina ikatan hati , tapi 'DF yang membina kefahaman .
Kata-kata tu sangat membuat hati saya tersentak .
Kita selalunya teringin sangat mereka bergerak berlari laju membawa obor Islam
tetapi mereka tidak benar-benar diisi dengan bekalan yang sepatutnya .
Macam sebuah kereta yang disuruh bergerak tapi tak diisi minyak , bukan ?
Mianhe . Ataupun bahasa formal joesonghabnida .
Ha , yang tu tahu ? Maksudnya maaf !
Hati yang kotor ,
tak perlu guna Clorox ,
hanya dengan memahami maaf ,
mempraktikkannya ,
dan istiqamah ,
Boleh bersihkan hati dan titk hitam tu .
Tapi jangan lupa yang WAJIB !
Bukan maaf saja dah sempurna elok sebagai Islam .
Wallahualam .
P/s :Anyway , Thanks Kak Kty kerana listkan saya dalam credit .
Entahlah apa yang saya tolong tu :)

1 comment (s) :

하니사 said... Best Blogger Tips [Reply] Best Blogger Templates

isn't it supposed to be three? japanese alphabets, i mean. hiragana, katakana and kanji. am i rite?

Post a Comment

comment me :)