Jalan Ini


As-Salam .

Kerana aku sungguh tidak layak menutur kata-kata .

Dek sedikit benar amalanku ,
sedikit benar bacaanku ,
sedikit benar jihadku .

Tidak seperti mereka --
mereka yang sungguh tinggi imannya ,
hebat hamasahnya ,
jitu langkah perjuangannya .

Laksana kaum salaf yang terlebih dahulu mengimani jalan dakwah ini ,
dan amal mereka mendahului kata-kata mereka ,
dan mereka lebih menyukai untuk diam berbanding bercakap ,
lantas apabila perkataan mula mengukir di bibir ,
itu dapat memadamkan kemarahan jahiliyyah .

Kerana dakwah ini membuatkan hati dan perasaan kita hidup ,
Hati yang sentiasa berurusan dengan Allah ,
setiap saat dalam tindak tanduk merasai diawasi oleh Allah Rabbul Jalil ,
juga ketinggian tawakkal dan kebergantungan dengan Allah .

" Sesungguhnya perasaan yang hidup itulah yang menjadikan rahsia keberadaan dan kebangkitan kita . " 
- Abbas as Siisiy

Hidupkan hati kita untuk sentiasa memiliki iman yang menggerakkan . Try it melalui apa jua pun . Sila berusaha Aimi dan sahabat ! Tarbiyyah dan dakwah ini melahirkan jiwa dai'e yang cukup kental , tidak cair dan lesu , ke mana-mana perasaannya hidup . Ayuh kita terus memurnikan langkah , moga kita tidak menjadi beban kepada orang yang membina kita . Medan beramal di depan mata kita . Allahuakbar ! Ya , malam ini gerhana bulan . Alhamdulillah Allah masih beri kita ruang dan peluang untuk tengok gerhana bulan ini .


Comments