74:7
Sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us. | Dashboard | +Follow

do you want 'light' ?

 

As-Salam . 
 "have you got the light ?  what light ? i mean hidayah ? what is hidayah ? hidayah tu , lebih kurang macam petunjuk Allah ke arah yang lebih baik . eh jap , sebenarnye aku rasa aku dah dapat , tapi aku tengok orang lain pelik je tengok aku nak berubah ni . Ada yang siap kutuk lagi . "

Kat atas tu salah satunya ayat-ayat yang kita sering dengar kalau kita tanya orang yang nak berubah , ok , imia hari ni nak cerita satu benda , ' salahkah aku berubah ? ' tadi , imia jalan-jalan ukhwah.com and iluvislam nak baca artikel menarik from any forum kan , so terjumpa lah , satu cerita ni ..

Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya. Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...

“Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni.”

“Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing.”

“Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover.”

Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala. Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi. Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, “Bangun Subuh!” Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat. Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek.

“Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni.”

Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat. Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya. Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir. Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu. Mukanya berkerut menahan kesakitan.

“Kau tak apa-apa ke?” Izzat bertanya.

“Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?” Aliuddin bersuara garang.

Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin. Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit. Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada. Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali? Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?

Esok cuti sekolah bermula. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya. Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui. Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.


I               –            Isyak
S              –            Subuh
L              –             Luhur (Zuhur)
A             –             Asar
M            –             Maghrib

Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.”

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Izzat, sahabatmu.

Bas meluncur laju membelah malam. Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin. Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas. Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.

“Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya.”

“Budak-budak tu la…” mulutnya memuncung ke satu arah.

“Budak-budak mana?” Izzat mencari-cari kelibat orang.

“Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid. Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik. Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!” Satu tumbukan padu dilepaskan. Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.

“Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah.”

“Meh sini aku check.” Izzat membelek-belek muka Aliuddin. “Ish…” Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. “Dia saja main-main kot.”

“Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat.”

“Biarlah… Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free.”

“Pahala free? Kenapa pula?”

“Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa.”

“Owh… ye ke?” Izzat mengangguk. “Aku dapat pahala?” Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok. Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.

ok , based on cerita kat atas , imia dapat simpulkan , memang lah pelik kalau nak change to good 360 degree sekaligus , tapi at least sikit-sikit . ada orang kutuk ? eh , bace tak cerita kat atas tu , dapat pahala kott~! terdetik nak tulis benda ni sebab imia pernah jugak melalui detik-detik nak berubah tapi malu tu , waktu bila ye ? form 1 kot tak silap imia . start pakai tudung labuh , wahhh~! masuk SMKPS dengan bangganya  , lari dari Maktab Mahmud , oopps ! bukan lari , i have many reasons tau xD , masuk-masuk memang orang tengok pelik la , dengan pakai handsocks bagai walaupun dah bercekak tangan tu , kalau bab mengata , tak pernah la imia dengar .

 



ok , conclusionnya , salahkah kita berubah ? i have a friend . she wants to change herself to a good one . tapi , she said its too hard for her sebab she's alone with her hidayah , with her huha-huha 's friends. and i just said : depends on how much strength yang dia ada untuk berubah . insyaAllah she will change as better than me , ameen :)

the end for today , wait for my next entry ,  spread the Islam ways of life x)

p/s : stories upthere credits to the owner
p/ss : i want to change . how about you , my friends ?
p/sss : i really want that 'light' ~!


0 comment (s) :

Post a Comment

comment me :)